Jumaat, 29 April 2011

Kejatuhan Umat Melayu..Punca & solusinya (Bahagian 1)

Assalamualaikum

Jika kita belajar ilmu biologi, sesuatu hidupan itu seharusnya semakin hari semakin maju. Kemajuan ini berlaku apabila mereka menghadapi sesuatu masalah dan berjaya mengatasinya seterusnya belajar dari pengalaman yang lepas. Begitu juga dengan nasib sesuatu bangsa, semakin hari semakin maju. Walaupun kemajuan itu adakalanya tidak konsisten sama ada lambat atau pantas. Perkembangan itu tetap juga berlaku. Namun apakah yang menimpa nasib umat Melayu?? Berlaku juga beberapa pencapaian tetapi agak perlahan & hanya sedikit sahaja golongan yang berjaya meniti tapak kejayaan & dapat bersaing dengan orang lain, selebihnya masih berada ditakuk lama & ada pula yang semakin jauh kebelakang. Dimanakah silapnya? Sebagai contoh dalam sistem pendidikan kita. Berapa ramai anak Melayu yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan berbanding kaum lain. Beberapa punca telah berlegar-legar di ruang minda sementelah saya mengkaji pengalaman yang lalu.


Antara punca yang menjatuhkan sesuatu bangsa itu ialah makanan. Allah telah berfirman

Wahai manusia! Makanlah yang halal dan baik dari makanan yang ada di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan, sungguh setan itu musuh yang nyata bagimu (QS 2:168)”


Seterusnya Allah berfirman lagi


Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik, yang Kami berikan kepadamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar menyembah kadapa-Nya (QS 2:172)


**sumber http://www.koperasisyariah.com/makanlah-yang-halal-dan-baik/

Ayat2 di atas telah menegaskan bahawa Islam menitik beratkan aspek pemakanan dalam hidup muslimin. Hal ini adalah kerana daripada makanan akan tumbuhnya daging2, tisu2, organ2 yang akhirnya menjadi sebahagian dari tubuh. Makanan yang baik akan mempengaruhi metabolisma badan. Makanan yang dimakan bukan sahaja halal malah baik, yakni berkhasiat. Namun apa yang menyedihkan anak2 hari ini lebih tertarik kepada makanan ringan, nuget, serta makanan berlemak & berminyak.



Saya tertarik dengan arahan yang melarang kantin menjual nasi lemak. Pada pandangan saya itu hanya akan meletakkan masalah menjadi semakin besar dan bakal meleret menjadi isu perkauman. Hal ini kerana nasi lemak adalah makanan warisan Melayu. Akan timbul spekulasi bahawa tradisi Melayu cuba dihakis sedikit demi sedikit. Ini akan menimbulkan kemarahan kerana timbul persoalan bagaimana dengan makanan yang lain seperti Nuget, hotdog, burger buatan kilang yang sudah tentu pemiliknya kaum Cina? Di sini arahan kementerian tersebut bersikap berat sebelah tambahan lagi arahan itu dikeluarkan oleh menteri kaum Cina. Mujurlah arahan tersebut ditarik balik.


Berbalik kepada topik asal. Pengambilan makanan yang berkhasiat perlu bermula dari rumah. Ibu bapa perlu mendidik anak2 tentang kepentingan makanan halal & berkhasiat. Di sekolah pula, guru2 perlu mendedahkan kepada para pelajar maklumat pemakanan. Manakala di peringkat kementerian pula harus diadakan garis panduan mengenai makanan yang boleh dan yang tidak boleh dijual serta mewajibkan pihak kantin mengikut garis panduan tersebut. Dengan cara ini kita dapat memastikan anak2 bangsa kita mendapat nutrien secukupnya untuk mereka belajar seterusnya melahirkan insan2 yang sihat tubuh badan & cerdas akal fikirannya. Dengan itu sahaja bangsa kita boleh maju. Lihat sahaja contoh masyarakat jepun. Mereka menitik beratkan soal pemakanan & hasilnya negara mereka maju.



Bersambung........

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...