Sabtu, 31 Disember 2011

Muhasabah Cintaku

Assalamualaikum,



Lagi beberapa jam lagi untuk kita menyambut Tahun Baru 2012. Banyak memori yang terpateri dalam dairi hidupku ini. Bermulanya tahun 2011, bermula juga sem ke-2 aku di KMNS dan kini dengan berakhirnya 2011 maka secara tidak rasmi aku bakal menamatkan sem 1 di UKM.

Seolah-olah baru tersedar yang exam semakin menghampiri disaat tahun 2012 menyingkap tirainya. Tetapi aku berharap aku bersedia menanti tujahan2 soalan yang pasti mencabar.



Sedar tak sedar kem tahunan juga tinggal sebulan. Persiapan fizikal, mental & rohani juga harus aku pertingkatkan agar tidak gugur di medan perang kelak.

Sesungguhnya tahun 2012 ini memberi makna kepada aku kerana aku seolah-olah merasa sesuatu akan berlaku. Sesuatu yang sukar dibayangkan oleh akal yang waras. Tetapi aku bukan bercerita tentang Kiamat. Tidak mungkin ramalan itu benar, sedangkan rahsia itu Allah sembunyikan dari pengetahuan kekasihNya, layakkah kita yang sentiasa bermandi dosa ini berteka-teki dengan hari keramat itu.



Perkara yang harus kita ambil berat adalah sejauh mana amalan kita itu dapat mempersiapkan diri menghadapi dugaan duniawi ini, bukannya sibuk dengan tarikh2 yang tidak masuk akal itu. Jika benar kiamat akan berlaku pada masa yang kaum2 kafir itu ramalkan, adakah kita bersedia menghadapinya??

Lupakan seketika cerita2 mengarut ciptaan Barat, sebaliknya mari kita menilai diri ini. Adakah kebaikan yang kita lakukan boleh menghapuskan dosa-dosa masa lalu.

Mari kita muhasabah cinta kita pada yang Esa. Adakah cinta kita padaNya cinta yang sebenar-benarnya?



Akhir kalam, selamat tahun baru 2012.

Wassalam

3 ulasan:

idris bin hasyin berkata...

insya Allah... tahun baru.. semangat iman yang baru...!!

Unknown berkata...

walaupun da di war2 kn pasal kiamat akn berlaku... masih ada yg tak sedar utk bertaubat... ada pula yg terus menerus malakukan dosa...

selamat tahun baru... hijrah kita di tahun 2012 ini...

Tanpa Nama berkata...

Kiamat itu pasti, yang pasti bukan pada tahun 2012. Hanya Dia yang mengetahui. hehe

p/s: comel gambar baru ko, mon. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...