Khamis, 22 Disember 2011

Munafik Siri 2

Assalamualaikum,



Sambungan siri lepas. Bahaya munafik ini jangan dipandang enteng. Sedar tak sedar golongan ini sudah masuk ke dalam organisasi2 yang memperjuangkan sesuatu yang mulia. Lihatlah berapa banyak persatuan2 malahan parti2 politik juga tidak terlepas. Apa sudah jadi pada UMNO? PAS? Masing2 seolah sudah hampir lari daripada perjuangan asal. Jika tak percaya bandingkan perlembagaan parti2 tersebut dengan perkara yang mereka lakukan.



Sebenarnya matlamat mereka adalah sama, berjuang demi Islam. Mungkin sahaja cara mereka berbeza. Namun, perkembangan mutahir menunjukkan mereka seolah hampir lari daripada matlamat asal. Masing2 nak kejarkan undi bukan Islam sehingga sanggup menggadai hak orang muslimin dan membiar ayat al-quran dicemari.

Kembali pada topik asal....



Golongan Munafik ini umpama virus yang membunuh secara perlahan-lahan dengan menghasut serta menimbulkan huru-hara. Lebih teruk jika mereka diangkat menjadi ketua, matlamat organisasi itu akan bertukar 360 darjah. Contohnya seperti yang berlaku di Turki semasa kejatuhan Empayar Khilafah Uthmaniah dan pemerintahan bertukar tangan kepada Mustafa Kamal Attartuk. Hancur berkecai negara Islam.



Oleh itu, pengaruh golongan munafik ini amatlah bahaya kepada organisasi atau sistem. Jika korang rasa persatuan2, organisasi2 atau sistem2 yang korang sertai itu seolah-olah lari dari matlamat penubuhan asal, berhati-hatilah.

Artikal seterusnya akan membincangkan sifat munafik dalam diri kita sendiri.

Wallahualam....



Lebih teruk lagi apabila mereka diangkat menjadi ketua.

1 ulasan:

sukacuka berkata...

Takut bro..memang menakutkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...