Selasa, 26 April 2011

Tumbuhan Transgenic.. Mungkin bakal menggantikan lampu elektrik



Bercahayakan. Ini bukan ilusi tetapi ini adalah pokok tembakau yang mengandungi DNA kelip-kelip. Oleh itu, pokok ini mampu untuk menghasilkan gen yang mengeluarkan cahaya.

Inilah hasil daripada bioteknologi. Apakah mungkin suatu hari nanti kita dapat menghasilkan tumbuhan seperti ini. Kita dapat menjimatkan sumber tenaga di rumah kerana tidak bergantung kepada lampu elektrik. Selain menjimatkan bil, kita juga dapat menghirup udara segar kerana tumbuhan itu sendiri menghasilkan oksigen serta menurunkan haba sesuatu kawasan. Bayangkan betapa nyamannya ruangan rumah kita.

Contoh di atas ialah tembakau. Mungkin kita boleh mendapatkan hasil yang serupa menggunakan tumbuhan lain seperti bunga-bungaan. Secara tidak langsung, haruman bunga dapat bertindak sebagai aromaterapi yang melegakan.

Pembangunan bioteknologi ini juga dapat mengurangkan pemanasan global apabila lebih banyak pokok-pokok transgenik ditanam di bandar-bandar kerana kepelbagaian fungsinya. Sebagai contoh, Pokok yang bercahaya boleh menggantikan lampu jalan. Seterusnya kita dapat merealisasikan bandaraya hijau.

http://en.wikipedia.org/wiki/Transgenic_plants
http://www.dnacenter.com/science-technology/health-nutrition.html
http://www.bic.org.my/?action=localscenario&do=biotechnology

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...